|
Agama
|
Kami sedaya upaya menyingkap artikel-artikel menarik dari beberapa cabang ilmu Islam dan akan dibahagikan mengikut kategori ilmu tersebut.
|
|
|
|
"Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku" |
|
|
|
|
Ditulis oleh Norsalim
|
|
Sabtu, 06 Disember 2008 03:28 |
|
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir ‘MANAR ISLAM’ Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
|
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca Lagi...
|
|
Antara Pegang Awek & Anjing.. |
|
|
|
|
Ditulis oleh Norsalim
|
|
Isnin, 24 November 2008 20:29 |
Sekadar renungan dan ingatan bersama
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
|
|
|
13 wasiat Rasulullah kepada Ali |
|
|
|
|
Ditulis oleh Norsalim
|
|
Ahad, 23 November 2008 13:55 |
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
|
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca Lagi...
|
|
Ditulis oleh Norsalim
|
|
Sabtu, 24 Mac 2007 04:06 |
|
Oleh Sheikh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqani (qs) Lefke, Cyprus, 19.02.2006 “Ya Allah, selamatkanlah jiwa/ruh kami!”
Meded, ya Sultanu-l Anbiya, Meded, ya Sultanu-l Awliya, Meded, ya Rijalallah! Audhu bi-llahi mina shaitani rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim, La haula wa la quwatta illa bi-llahi-l ‘Aliyu-l ‘Adhim.
As-salamu alaikum!
Ini merupakan perjumpaan yang ringkas dan kita cuba mengikuti jejak orang yang soleh/suci. Di antara berbillion yang hidup di dunia sekarang, terdapat dua jenis manusia – yang soleh/suci dan yang bukan soleh/suci.
|
|
Baca Lagi...
|
|
|
|
|
|
|
Muka 2 daripada 4 |
Copyright © 2010 norsalim dot net - Portal Rujukan Keluarga Untuk Semua. Hakcipta Terpelihara.
|
|
Sesiapa yang sedang MEMBOIKOT ('berpuasa' daripada membeli) produk Amerika dan Israel, orang itu sudah dikira sebagai seorang pejuang/ mujahid HAMAS. Tahniah kepada anda yang sedang menganggotai HAMAS! Kepada yang belum, sertai HAMAS hari ini juga.
*Para peniaga kedai runcit dan kedai makan punya kuasa, gunakan kuasa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jangan ambil stok baru produk-produk AS dan Israel. 





Jika anda punya hati dan perasaan dan bencikan kekejaman, ayuh... boikot produk berikut demi keamanan!!!!
|