Bantulah saudara kita di Gaza dengan pelbagai cara. Kami menyediakan stiker khas untuk dilekatkan pada kereta sahaja. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Aman Palestin Berhad beribu pejabat di Bangi: Tel: 03-89267019, Fax: 03-89259963.

REKOD BRIGED AL-QASSAM dalam PERANG GAZA
  • Bunuh 96 askar Israel
  • Jatuhkan sebuah pesawat peninjau tanpa juruterbang
  • Menembak 4 helikopter
  • Musnahkan 47 kenderaan tentera Zionis termasuklah kereta kebal
  • 'Menghadiahkan' 980 roket ke wilayah Israel
  • Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap oleh askar Israel, semua yang ditangkap ialah orang awam
  • Berjaya tembak curi 53 orang askar Israel
  • 12 serangan hendap
  • 19 serangan berhadap-hadapan
  • 2 kali menawan askar-askar Israel tapi semuanya mampus dibom pesawat mereka sendiri
  • DAN...
  • 48 pejuang Briged al-Qassam menerima anugerah SYAHID!
Allahu Akbar!

 


 

HPA

PENGGUNA perlu bijak memilih keperluan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya. Islam menggariskan beberapa panduan yang jelas supaya diikuti oleh pengguna Muslim.

 

Pertama, Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

 

Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya.

 

Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka.

 

Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai Jakim, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT.

 

Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.

Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.

 

Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa.

 

Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)

 

Kedua, Islam melarang umatnya berlebih-lebihan memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

 

Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

 

Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

 

Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.

 

Ketiga, umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud: “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)

 

Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.

 

Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

 

Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya.

 

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

 

Itulah tiga perkara asas yang perlu dilakukan pengguna Muslim dalam memenuhi tuntutan kehidupan di atas muka bumi iaitu mencari makanan halal dan baik.

 

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

(Penulis ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Sumber : Berita Harian 27 April 2007

 



Radix Satu Kajian & Testimoni PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Rabu, 12 November 2008 19:00
Oleh : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?

 
LAST_UPDATED2
Baca Lagi...
 
Kesan Kopi Radix Palsu PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Rabu, 12 November 2008 18:43

PRAI: HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara.

Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini.

LAST_UPDATED2
Baca Lagi...
 
«MulaSblm123SeterusnyaTamat»

Muka 3 daripada 3
Banner
Copyright © 2010 norsalim dot net - Portal Rujukan Keluarga Untuk Semua. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 
Siapa mula derhaka?



PERAK KINI

 


Mahu Sertai HAMAS?

Sesiapa yang sedang MEMBOIKOT ('berpuasa' daripada membeli) produk Amerika dan Israel, orang itu sudah dikira sebagai seorang pejuang/ mujahid HAMAS.
Tahniah kepada anda yang sedang menganggotai HAMAS! Kepada yang belum, sertai HAMAS hari ini juga.

*Para peniaga kedai runcit dan kedai makan punya kuasa, gunakan kuasa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jangan ambil stok baru produk-produk AS dan Israel.

 






Jika anda punya hati dan perasaan dan bencikan kekejaman, ayuh... boikot produk berikut demi keamanan!!!!