Bantulah saudara kita di Gaza dengan pelbagai cara. Kami menyediakan stiker khas untuk dilekatkan pada kereta sahaja. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Aman Palestin Berhad beribu pejabat di Bangi: Tel: 03-89267019, Fax: 03-89259963.

REKOD BRIGED AL-QASSAM dalam PERANG GAZA
  • Bunuh 96 askar Israel
  • Jatuhkan sebuah pesawat peninjau tanpa juruterbang
  • Menembak 4 helikopter
  • Musnahkan 47 kenderaan tentera Zionis termasuklah kereta kebal
  • 'Menghadiahkan' 980 roket ke wilayah Israel
  • Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap oleh askar Israel, semua yang ditangkap ialah orang awam
  • Berjaya tembak curi 53 orang askar Israel
  • 12 serangan hendap
  • 19 serangan berhadap-hadapan
  • 2 kali menawan askar-askar Israel tapi semuanya mampus dibom pesawat mereka sendiri
  • DAN...
  • 48 pejuang Briged al-Qassam menerima anugerah SYAHID!
Allahu Akbar!

 


 

HPA

PENGGUNA perlu bijak memilih keperluan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya. Islam menggariskan beberapa panduan yang jelas supaya diikuti oleh pengguna Muslim.

 

Pertama, Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

 

Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya.

 

Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka.

 

Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai Jakim, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT.

 

Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.

Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.

 

Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa.

 

Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)

 

Kedua, Islam melarang umatnya berlebih-lebihan memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

 

Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

 

Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

 

Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.

 

Ketiga, umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud: “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)

 

Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.

 

Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

 

Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya.

 

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

 

Itulah tiga perkara asas yang perlu dilakukan pengguna Muslim dalam memenuhi tuntutan kehidupan di atas muka bumi iaitu mencari makanan halal dan baik.

 

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

(Penulis ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Sumber : Berita Harian 27 April 2007

 



HAYATI PERJUANGAN HPA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Jumaat, 28 November 2008 08:17
HPA adalah milik semua pengedar. Berjuang dalam HPA dengan penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab adalah sesuatu yang amat diperlukan. HPA bangun di celah-celah duri yang menikam. Mengorak langkah dalam dunia perniagaan penuh dengan kepayahan, kesusahan, rintangan dan pelbagai ujian.

Namun, atas dasar dan matlamat yang satu, mencari redha Allah dan memenuhi tuntutan fardu kifayah, HPA terus mengorak langkah bersama barisan pemimpin yang setia. Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad memantapkan jentera pengrusan dan pentadbiran, manakala di kalangan ahli dan pengedar pula ditanam dengan semangat juang yang tinggi dan mantap. Berniaga sambil berjuang kerana Allah SWT.
Baca Lagi...
 
Ingin Jadi Ahli HPA? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Jumaat, 14 November 2008 12:40

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

1. Yuran keahlian hanya RM30.00 seumur hidup. Tiada yuran tahunan.
2. Perniagaan ini boleh diwarisi.
3. Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
4. Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.
5. Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
6. Pelan pemasaran yang begitu mudah. ADIL dan SUKSES. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus.
7. Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
8. Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
9. Nama anda dan butiran yang anda berikan akan dihantar ke ibupejabat HPA.
10. Kami menyediakan penghantaran produk HPA kepada anda secara pos sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan ini.
 
LAST_UPDATED2
Baca Lagi...
 
22 Sebab Mengapa Anda Patut Sertai Perniagaan HPA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Jumaat, 14 November 2008 11:57

1) Pengasas HPA
HPA diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Kajian Botanikal Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Univ. Putra Malaysia). Mempunyai kepakaran dalam bidang herba dan keturunannya adalah orang-orang yang sangat arif tentang herba.


2) Syarikat HPA
Mula dikenali sebagai PTA (Perubatan Tradisional AlWahida) pada 1986. HPA Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1995 dan HQ terletak di Jejawi, Perlis. Milik 100% bumiputra Muslim. Hampir 20 tahun dalam industri herba. Memberi gambaran bahawa ia sebuah syarikat yang stabil dan kukuh.

3) Pekerja HPA
HPA memperkenalkan GMP Syariah yang mengetengahkan beberapa perkara penting kepada setiap pekerjany
a. Semua pekerja kilang HPA diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

4) Kilang HPA
Semua kilang HPA mendapat penarafan GMP (Good Manufacturing Practice), Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh BPFK, Kem Kesihatan Malaysia. Kini HPA mempunyai beberapa buah kilang di Malaysia dan sebuah di Indonesia. Dan HPA juga sedang berusaha untuk membina beberapa buah kilang lagi di Malaysia.

5) Ladang herba HPA
HPA mempunyai ladang herba seluas 500 ekar di Perlis yang antara tanaman utamanya ialah pegaga, roselle, misai kucing dan lain-lain lagi.

Baca Lagi...
 
Testimoni Keberkesanan Produk HPA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Jumaat, 14 November 2008 11:48

NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)

"Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan 'inhaler' (ubat asma dalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid."

NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.

"Saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan."

NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.

"Saya mempunyai 'sis' (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, 'sis' itu hilang. Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat."

NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.

"Saya mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi. Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali."
Baca Lagi...
 
RAWATAN ASAS (PERMULAAN) PENYAKIT SECARA HERBA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Norsalim   
Jumaat, 14 November 2008 11:37

 

PENYAKIT

GABUNGAN HERBA  HPA (yang patut diambil)

Athritis / Sakit sendi

ARDISIA + MENGKUDU / MALAC + TEH HERBA / HEALTH - B

Batuk Hempedu

MALAC + MADU + TEH ASIATICA / HEALTH - B

Batu Karang (Di Ginjal)

MALAC + MADU + TEH HERBA / HEALTH - B

Batuk

MALAC + MADU / KORDIAL ASIATICA

Buah Pinggang

MALAC + MADU + MENGKUDU

Buasir

FICUS + HEALTH - B + MINYAK BUT-BUT (untuk di sapu)

Cerdas Minda / Otak

OMEGA-3 + SPIRULINA + HEALTH-B

Cirit - birit

MINYAK BUT-BUT + MADU

Darah rendah

HEALT - B + OMEGA 3 + MADU

Darah tinggi

VITEX + PELAWAS + TEH ASIATICA / HEALTH - B

Demam Panas

HEALTH - B + MALAC + ROSELLE

Gastrik / sakit perut

HERBA TUJU ANGIN + PELAWAS + HEALTH - B + KOPI RADIX

Gemuk / Obesity

STOMA - K + SPIRULINA + TEH HERBA / HEALTH - B

Ghout

ARDISIA + MALAC + TEH HERBA / HEALTH - B

Gigitan Serangga (Lipan, Jengking, Nyamuk, dsb)

MINYAK HERBA

Haid sakit / tak lancar

PARAMARIA PLUS + HERBA TUJU ANGIN + MADU

Jantung bermasalah

OMEGA-3 + MENGKUDU + SPIRULINA + MADU

Jerawat

COSCINIUM PLUS + HEALTH - B + MADU ASLI + BEDAK JASMIN

Kanser Payu Dara

SHARK CARTILAGE + FISALIN - B + OMEGA-3 + SPIRULINA + HEALTH - B

Kencing Manis

PLANTISOL + HEALTH - B

Keputihan / Leukorhea

HERBA KEPUTIHAN + HEALTH - B + LADY CHEER

Ketumbuhan / Fabroid

SHARK CARTILAGE + FISALIN-B + PARAMARIA PLUS + HERBA SENGGUGUT

Kolesterol

OMEGA-3 + SPIRULINA + TEH ASIATICA / HEALTH - B

Kurang Daya Ingatan

OMEGA-3 + MENGKUDU

Lelah / Asma

MORINDA + MADU + RADIX (+ COSCINIUM PLUS jika ada resdung)

Luka Dalam Badan

HEALTH - B + MENGKUDU + SPIRULINA

Luka Tak Kering

SHARK CARTILAGE + OMEGA-3 + PLANTISOL + TEH HERBA / HEALTH - B

Migrain / Sakit Kepala

VITEX + MENGKUDU + HERBA TUJU ANGIN

Monopouse / Putus Haid

PARAMARIA PLUS + MADU + MINYAK BUT-BUT (bila bersama suami)

Penyakit Kulit / Gatal

SABUN PEGAGA ASIATICA + COSCINIUM PLUS + HERBA TUJU ANGIN + ROSELLE  + HEALTH - B + MADU

Resdung / Alergik

COSCINIUM PLUS + HERBA TUJU ANGIN + MADU + TEH HERBA / HEALTH - B

Kurang Selera Makan

HEALTH - B + SPIRULINA + CSCINIUM PLUS

Sembelit

PELAWAS + TUJU ANGIN +TEH HERBA / HEALTH - B

Senggugut

PARAMARIA PLUS + HERBA SENGGUGUT

Stress / Tekanan

MENGKUDU +  ROSELLE + OMEGA-3

Susah Tidur / Insomnia

MENGKUDU +  ROSELLE

Tenaga Batin Lelaki

RADIX + OMEGA-3 + MADU

Tenaga Batin Wanita

PARAMARIA PLUS + OMEGA-3 + MADU + LADY CHEER

Terseliuh, sakit otot, sakit urat, tulang patah.

RADIX + MINYAK BUT-BUT (disapu/urut)

Masalah Penghadaman / Pencernaan

HERBA TUJU ANGIN + PELAWAS + MENGKUDU

Masalah Keracunan / Toksid Dalam Badan

SPIRULINA + HERBA TUJU ANGIN + HEALTH - B

Masalah Angin dan Kolon (Perut & Usus)

MORINDA + HERBA TUJU ANGIN + ROSELLE

Masalah Suhu Badan Tak Menentu

MALAC + ROSELLE + FICUS

Penjagaan Kesihatan Yang Menyeluruh

SPIRULINA + HERBA TUJU ANGIN + HEALTH - B + MORINDA + ROSELLE + MALAC + FICUS + MADU


**Sila dapatkan maklumat lanjut cara penggunaan herba ini melalui ejen HPA yang bertauliah (yang terdekat dengan anda) atau hubungi saya disini .

 

 
«MulaSblm123SeterusnyaTamat»

Muka 1 daripada 3
Banner
Copyright © 2010 norsalim dot net - Portal Rujukan Keluarga Untuk Semua. Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.
 
Siapa mula derhaka?



PERAK KINI

 


Mahu Sertai HAMAS?

Sesiapa yang sedang MEMBOIKOT ('berpuasa' daripada membeli) produk Amerika dan Israel, orang itu sudah dikira sebagai seorang pejuang/ mujahid HAMAS.
Tahniah kepada anda yang sedang menganggotai HAMAS! Kepada yang belum, sertai HAMAS hari ini juga.

*Para peniaga kedai runcit dan kedai makan punya kuasa, gunakan kuasa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jangan ambil stok baru produk-produk AS dan Israel.

 






Jika anda punya hati dan perasaan dan bencikan kekejaman, ayuh... boikot produk berikut demi keamanan!!!!